Saturday 24 December 2011

Seribu Sesalan

Arif  = eh! hari ini kau pakai lawa-lawa nak pergi mana?
Amy = yang sibuk kenapa?
Arif  = suka hati akulah. hahaha
Amy = ish kau ni.
Arif  = hehehe

Sebenarnya Amy memakai pakaian dan make-up yang cantik hanya ingin menarik hati Arif tetapi Arif tidak menghiraukannya. Amy menyukai Arif sejak di bangku sekolah lagi tetapi Arif hanya melihat wanita lain sahaja sehinggakan dia terlupa bahawa ada orang yang begitu dekatnya terlalu menyintainya. ketika mereka sedang lepak di sebuah cafe,

Arif  = kau  tengok tu. pergh! cun gila! boleh kau tolong usyakan untuk aku? hehehe
Amy = asal aku yang kena pergi? apa aku dapat?
Arif  = ala! kaukan kawan aku dunia akhirat. tolonglah ye. hehehe
Amy = yela-yela. ish kau ni.
Arif  = terima kasih sahabat. hehehe

Lalu Amy menyatakan hasrat Arif kepada wanita itu,wanita itu bernama Laila. akhirnya,laila menerima hasrat yang di berikan oleh Amy dari Arif. semenjak itu,Laila dan Arif menjadi semakin rapat lalu Arif semakin lupa tentang kewujudan Amy.

Amy rasa kecil hati dengan sikap Arif yang selalu meminggirkan Amy tetapi Aymy tetap bersabar dengan sikap Arif walaupun hatinya terluka. pada suatu hari,amy dapat mengetahui bahawa Laila bersama Arif hanya untuk mempermainkan hati dan perasaan Arif lalu Amy pergi memberitahu Arif

Amy = wei! Laila tu dekat dengan kau hanya untuk mempermainkan hati dan perasaan kau je!
Arif   = kau jangan dan tipu akulah! aku tau kau hanya nak pisahkan kita orang je an?!
Amy = kau jangan jadi bodoh! aku tahulah dia nak mempermainkan kau. hari tu aku dengar dia hanya
            nak mempermainkan kau masa dia tengah bersembang dengan kawannya!
Arif   = ah! aku tak percaya dengan apa yang kau katakan tu. blahlah kau! semak kepala aku tengok
            kau!
Amy = ok! aku pergi,kalau ada apa-apa jadi jangan salahkan kau!
Arif  = blah lah!

Lalu Amy pergi dengan hati yang terluka dan menangis. dia tidak menyangka bahawa Arif sanggup berkata begitu. selang beberapi hari,Arif dapat merasai bahawa dia sedang di permainkan oleh Laila. sehingga itu dia bahawa orang yang benar-benar menyintainya bukan Laila tetapi Amy. Arif merasa sedih kerana melukai seseorang yang benar-benar menyintainya. Pada suatu petang,di taman permainan
Arif  = Amy maafkan aku kerana marahkan kau hari tu.
Amy = tak apa. aku dah lama maafkan kau.
Arif  = kini aku sedar tentang satu perkara yang aku tak pernah merasainya,
Amy = apa dia?
(Arif ternampak seorang budak kecik sedang melintas dan kereta yang sedang laju ingin melanggarnya. lalu Arif menolak budak itu ketepi tetapi Arif tidak dapat di selamatkan. Arif dilanggar sebuah kereta)
Amy = Aaaaaaaaarrrrrrrriffffffffff!!!!!!!!!!!!!
(Arif terbaring di tengah jalan dengan berlumuran darah lalu Amy pergi mendapatkan Arif. ketika Arif di dalam pangkuan Amy. Arif meluahkan perasaannya kepada Amy)
Arif  = Amy. maafkan aku atas kelalaian aku.(dalam keadaan nazak)
Amy = diam Arif! kuatkan semangat kau Arif! (dalam keadaan menangis)
Arif  = Amy,sebenarnya aku dah lama menyukaimu sejak dari bangku sekolah lagi. koh3x(muntah darah)
Amy = sudahlah Arif. kuatkan semangat kau. (dalam keadaan menangis)
Arif  = Aku menyesal tidak meluahkannya dari dulu lagi.(memegang kepala Amy dengan tanganya yang
           berlumuran darah)
Amy = aku maafkan kau tapi kuatkan semangat kau. kau harus terus hidup demi aku. aku nak kau ada
            di sini bersama aku. aku tak nak kau pergi.( mengenggam tangan Arif sambil menangis)
Arif  = a a a a m m m y y y. . . . .(akhirnya Arif menghembuskan nafasnya yang terakhir disitu juga)
Amy = Aaaaaaarrriiiiiiiifffffffffff!!!!!!!!(menangis sambil menjerit nama Arif sekuat hati)


5bulan kemudian,ketika Amy sedang berehat-rehat di tepi sebuah pantai. Amy mengenang kisah-kisahnya bersama arif,

kau datang bagaikan cahaya menyinari ku,sehinggaku dapat merasai kehangatan cahaya cinta mu. aku amat perlukan kau untuk aku meneruskan sisa-sisa hidupku. kenapa kau pergi? kenapa kau meluahkan perasaan kau ketika kau ingin pergi? kenapa kau memberikan ku harapa ketika kau sedang pergi? kenapa kau begitu kejam? kini kau dah pergi jauh,jauh tinggalkan ku. kau pergi membawa cinta ku. kau pergi bagai cahaya yang telah hilang diwaktu malam. kau pergi maka gelaplah hatiku ini. akan ku simpan cinta kau di hatiku ini selamanya sehinggakan tiada cinta yang lain berani mengetuk cinta ku ni. biarlah aku sendiri menghadapi jalan hidup ku yang sepi. . . . . . .


                                                                                                                       
























3 comments:

  1. arif berada dalam pangkuan arif ? hurm ayat yg kurang enak dibaca . hehe . ouke la . nica try

    ReplyDelete
  2. teruskan berusaha utk dpt yg terbaik...

    ReplyDelete
  3. rindu kat blogger ni...hehehe

    ReplyDelete