Sunday 18 December 2011

Cinta Itu Satu Pergorbanan

       Disebuah cafe yang terletak di bandar Kuala Lumpur. seorang lelaki bernama Airol sedang menunggu kawannya yang bernama Laila. Beberapa minit kemudian Laila datang ditemani oleh seorang rakannya yang bernama Izah.

Laila  = dah lame ke Airol tunggu Laila?
Airol  = eh. Tak adalah, baru jew Airol sampai. Air pun belum order lagi.
Laila  = owh yeke. Lupa pula nak kenalkan. Ini kawan Laila,namanya Afizah.
Airol  = hye! saya Khairol,awak boleh panggil saya Airol sahaja.(menghulur tangan ingin bersalam)
Izah   = hye juga! saya Afizah,awak boleh panggil saya Izah.(menghulur tangan menyambut salam Airol)
(Airol dan Izah saling memandang tepat ke arah mata antara satu sama lain)
Laila  = ehem-ehem. korang sudahlah tu bersalamnya,jangan lama-lama. ingatlah,aku ada dekat sebelah
            korang niy.hehehe
(Airol dan Izah tersenyum tersipu malu)

                         Setelah sejam mereka berbual,akhirnya Airol memohon diri untuk beredar kerana dia mempunyai urusan lain yang perlu di selesaikan. Sebelum Airol beredar,dia meminta nombor telefon bimbit milik Izah dan Izah pun memberi dengan senang hati. Maka bermulalah kemesraan antara Airol dan Izah,setiap hari mereka berhubung dan setiap minggu mereka berjumpa di cafe dimana tempat mereka mula-mula sekali berjumpa. Setelah beberapa bulan mereka berkawan dan bermesra,akhirnya mereka menjadi pasangan kekasih. Mereka menjadi semakin mesra dan mula mengungkap kata cinta.


                            Pada suatu hari,semasa mereka berdua sedang berbual disebuah cafe yang mereka selalu kunjungi. Tiba-tiba,Izah pengsan dan tak sedarkan diri lalu Airol membawa Izah ke hospital. Selang beberapa jam kemudian,doktor memberitahu Airol bahawa penyakit Izah iaitu penyakit hati mulai serius dan jika tidak berlaku apa-apa perubahan Izah perlu melakukan permindahan hati dan perlu mencari penderma hati dengan secepat mungkin. Airol merasa gelisah lalu pulang dan memikirkan bagaimana caranya untuk mencari penderma hati itu secepat mungkin.Akhirnya dia membuat satu keputusan untuk menderma hatinya untuk Izah. Airol pergi ke hospital lalu membuat pemeriksaan untuk melakukan pembedahan. Doktor memberitahu Airol bahawa hati Airol sesuai untuk diberi kepada Izah. Maka bermulalah permendahan hati,pemendah hati itu mengambil masa yang lebih kurang 4jam.Akhirnya,permendahan itu berjaya dan Izah dapat di selamatkan tetapi Airol tidak dapat diselamatkan.

                            Setelah koma 4hari,Izah pun sedar dan menunjukkan reaksi yang agak baik. Izah bertanya kepada Laila.

Izah  = Laila,siapa yang mendermakan hatinya untuk aku?
Laila = hurm. .(Izah hanya terdiam dan menangis teresak-esak).
Izah  = kenapa kau nanges? ?jawablah pertanyaan aku tadi? ?
Laila = Nah,ada seseorang meninggalkan pesan ini untuk kau.
(Izah pun membaca pesanan yang diberikan oleh Laila)

Untuk Izah yang tercinta,
Sebelum itu Airol ingin memohon maaf jika Airol tidak bersama Izah apabila Izah sedar nanti. Mungkin semasa Izah sedar nanti Airol dah tak ada lagi di dunia ini. Selain itu,Airol memohon maaf jika Airol ada membuat salah kepada Izah. Mungkin Izah tertanya-tanya, siapakah orang yang mendermakan hatinya kepada Izah? Orang itu adalah Airol sendiri yang telah mendermakan hati Airol untuk Izah. Airol mendermakan hati kerana mempunyai sebab-sebab yang tertentu.

Pertama,Airol tak ingin melihat orang yang Airol sayang terbaring kaku menunggu untuk dikebumikan.

Kedua,Airol tak ingin ada orang yang mengantikan Izah jika Izah yang pergi meninggalkan Airol. Biarlah Izah yang menjadi cinta pertama dan terakhir Airol

Ketiga,Airol tidak dapat memberikan apa-apa kekayaan kepada Izah,yang dapat Airol berikan hanyalah sebentuk hati yang menyimpan rasa cinta Airol terhadap Izah.

Keempat,selama ini Airol tak pernah ungkapkan perkataan cinta kepada Izah dan Airol hendak Izah rasai sedalam-dalam hati itu dan mencarik sedalam mana cinta Airol kepada Izah.

Dan yang terakhir,Airol nak Izah tahu bahawa hanya Izah yang ada didalam hati Airol dan tiada orang lain dihati Airol.

Jagalah diri mu Izah dan jika berjumpa penganti Airol nanti,sayangilah dia sebagaimana Izah sayangi Airol. Selamat tinggal Izah.

No comments:

Post a Comment