Tuesday 20 December 2011

Cinta tak Semestinya Dimiliki

Hana   = Kita telah di takdirkan berpisah tapi kita tetap boleh berkawankan?
Kamal = hurmm.
Hana      = kenapa?
Kamal = sekira itu yang awak pinta,saya akan turuti. walau pun hati saya perit tapi saya akan tetap
              menerimanya dengan seikhlas hati.     
Hana    = saya nak awak tahu saya sayang awak dan tak mahu berpisah dengan awak. kita berpisah
              bukan kehendak diri kita cuma ibu bapa kita yang tidak merestui perhubungan kita. saya harap
              awak faham niat saya ini.
Kamal = hurm. tetapi kita harus jarang berjumpa dan berhubung kerana takut perkara yang tak di ingini berlaku
              lagi. cukuplah sekali.
Hana   = awak. . .(menangis teresak)
Kamal = iye. .
Hana   = hurm. saya harap awak jaga diri elok-elok dan selalu ingat saya.(sambil menangis)
Kamal = awak pun begitu. jaga diri elok-elok. eh saya harus pergi. bye
Hana   = ok bye.(menangis lagi)

 
Semenjak itu,Hana dan Kamal tidak berjumpa dan berhubung antara satu sama lain. Kamal ingin sekali berjumpa tetapi hatinya begitu berat sekali,dia tidak mahu rasa sayangnya terhadap Hana begitu tinggi dan dia ingin membuang kenangan mereka sejauh mungkin tetapi dia tidak boleh membuangnya kerana semakin dia tidak mahu melupakan semakun kuat perasaan itu.
       
                Setahun sudah berlalu,mereka sudah membuat haluan masing-masing sehingga pada suatu hari

Hana   = hello.
Kamal = hello. Hana ke? ?
Hana   = yup. tengah buat apa tu?
Kamal = baru saja balik dari dataran tengok bunga api.
Hana   = tengok bunga dekat mana tu?
Kamal = dekat i-city. kenapa?
Hana   = arh? Hana pun dekat situ tadi.
Kamal = owh yeke.
Hana   = macam mana boleh berada satu tempat tapi tak berjumpa.
Kamal = kan orang ramai dekat situ.
Hana   = owh. a'ah kan. hehehe

hampir sejam mereka berbual sehingga semasa mereka berbual di telefon mereka berdua tertidur. Dua minggu kemudian, Kamal pula menelefon Hana.

Kamal = hello Hana
Hana   = hello kamal. hehehe
Kamal = buat apa tu?
Hana   = baru balik dari Jusco dekat Bukit Tinggi.
Kamal = aik? Kamal pun baru balik dari Jusco Bukit Tinggi.
Hana   = lah yekew. hehehe

kali kedua mereka berada ditempat yang sama tapi tidak berjumpa juga. 3bulan kemudian,Kamal pun menelefon Hana sekali lagi

Kamal  = hello.
Hana    = hello Kamal. hehehe
Kamal  = buat apa tu?
Hana    = baru balik dari restoran di Seksyen 7.
Kamal  = pula dah. Kamal pun baru balik dari Seksyen 7. pergi restoran Seksyen 7. hehehe
Hana    = sama lagi. .hehehe
Kamal  = entah lah. hehehe


Kali ketiga mereka berada ditempat yang sama tetapi masih tidak berjumpa lagi. Jika ada jodoh mereka akan berjumpa dan mula menyambung kenangan mereka yang pernah mereka buat dahulu dan tetapi sekiranya tiada jodoh mereka hanya akan berjumpa semasa antara mereka berdua ini melangsungkan perkahwinan dengan orang lain. Kekuatan cinta Kamal terhadap Hana begitu kuat sehinggakan Kamal sudah mempunyai pengganti Hana tetapi masih tidak dapat melupakan Hana lalu meninggalkan pengganti Hana itu kerana sekeras mana Kamal menyayangi orang itu sekuat mana Kamal menghalang rasa cintanya terhadap Hana. betul kata orang,cinta tidak semestinya dimiliki dan cinta juga tak semestinya bahgia. kita hanya manusia biasa tidak dapat menolak ketentuan Allah s.w.t. kita hanya mampu berdoa sahaja. apa yang berlaku antara Kamal dan Hana? hanya penulis sahaja yang tahu.

1 comment:

  1. mcm mana nk luahkan ek??
    ianya amat menyentuh...
    hehehe..
    masih aku terase!!

    ReplyDelete