Monday 19 December 2011

Cinta Yang Tak Kesampaian

Ayah  = sebelum keluar tu jangan lupa kunci pintu ok? ?
Man   = ok. tapi Man tak boleh keluar lagi.
Ayah  = kenapa pula? ?
Man   = minyak motor tak ada. orang tu belum bagi duit lagi.
Ayah  = siapa yang nak bagi kau duit Man? ?
Man   = bank keluarga. hehehe. Ayahlah,siapa lagi.
Ayah  = asal aku pula? ?
Man   = yelah,minyak motor habis pasal ayah bawa janda depan dekat warung depan tu.
Ayah  = woi mangkuk! cover-coverlah bro. big boss kat dapur, kalau dia tahu mati ayah.
Faiz   = (peluang baik ini) tutup mulut RM50. hehehe
Ayah  = tak ada duit.
Faiz   = mak!!!!!!!!
Ayah  = ok-ok. hurm,RM30 ok? ?
Faiz   = mak!!!!!glurp!!! (terdiam kerana ayahnya sumbat mulutnya dengan RM50)
Ayah  = dah p sana main jauh-jauh. line panas kalau lu ada dekat ini rumah,bikin wa panas saja.
Faiz   = baik boss. hehehe

Di dalam perjalanan ke tempat lepak,Man ternampak seorang gadis yang bernama Ziela iaitu anak Pak Abu penghulu kampung. Pak Abu seorang penghulu yang amat tegas dan garang,maklumlah bekas tentera. Ziela baru sahaja pulang dari kerja sedang berjalan kaki sambil memakai payung untuk balik ke rumahnya,lalu Man tegur Ziela

Faiz  = hye nenek kebayan. nak tumpang tak? ?
Ziela  = amboi! cantiknya bahasa
Faiz  = jangan katakan bahasa,perkataan pun cantik tahu.
Ziela  = loyar buruk pula.
Faiz  = aik? takkan nak ajak tumpang kena panggil lawyer?
Ziela  = malaslah saya nak layan awak. tepi saya nak lalu.
Man  = badan kecik saja saya tengok tapi jalan punya luas pun suruh saya tepi? badan besarlah tu.
Ziela  = ish! asal kau ni kurang ajar sangat?
Faiz  = mak saya cakap,"engkau ini,benda-benda macam ini pun aku kena ajar ke? fikir sendirilah,
            Tuhan dah bagi akal,gunalah akal tu(ajuk cakap mak dia)". itulah mak saya cakap kat saya.
Ziela  =(lagi aku layan budak ni boleh jadi gila aku. lebih baik aku buat tak tahu saja).huh!
Ziela  = amboi! tarik muka. woi! tariklah muka tu sampai kendur. hahahaha

             Ziela tidak menghiraukan apa yang dikatakan Faiz sebentar tadi dan terus pulang kerumahnya. Semasa hendak tidur,Faiz asyik terbayang wajah Ziela dan berangan-angan dapat memiliki Ziela tetapi Faiz terpaksa menahan rasa sukanya kerana dia tidak mempunyai sebarang kerja dan Ziela adalah antara wanita yang paling cantik di tempatnya. Akhirnya, Faiz membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari duit agar dia dapat meminang Ziela.

             Pada keesokan harinya,Faiz pun berangkat ke Kuala Lumpur dengan harapan agar dia dapat mengumpulkan wang untuk dia meminang Ziela. Hampir 5jam perjalanan dari kampungnya ke Kuala Lumpur,akhirnya Faiz sampai ke Kuala Lumpur. Semasa Faiz sedang menunggu rakannya iaitu Ayob untuk menjemput Faiz,tiba-tiba Faiz ternampak seorang pakcik yang sedang membawa begitu banyak barang lalu Faiz menyapa pakcik itu,

Faiz      = aihz. pakcik ini dah tua. baik duduk sahaja di rumah
Pakcik  = kurang ajar punya budak! bukan hendak membantu tetapi mengutuk pula. kau nampak tongkat
                ini? tongkat ini pun tak pernah makan kepala orang,hendak aku rasmikan dengan kepala kau?

Faiz pun berlalri sekuat hati meninggalkan pakcik itu,

Faiz  = pergh! penatnya. garang gila pakcik tu macam Pak Abu. huh! Pak Abu? bapak mentua aku
            tu. hahaha. aihz! sebentar lagi aku dapat kahwin dengan anak penghulu. aihz,tak sabar pula
            aku. .aihz! kenapa kegatalan merasuk minda aku? hahahaha

sedang leka Faiz berangan,Ayob pun datang

Ayob = pang! (ketuk kepala Faiz yang sedang leka berangan)
Faiz   = adoh! sakitlah bengong! kau tak bayar zakat ke main ketuk-ketuk kepala orang?
Ayob = aku dah kerja mestilah aku bayar,kau tu,mak bapak yang bayarkan.hahaha
Faiz   = Ayob! apa khabar sahabat!
Ayob = khabar baik. kau pula macam mana?
Faiz    = well u know me? hahaha
Ayob  = eh kau! pandai ya cakap omputeh.
Faiz    = sikit-sikit sahaja(loghat omputeh). hahaha
Ayob  = arh kau! hahaha. kampung macam mana? macam dulu-dulu lagi ke?
Faiz    = macam tu jelah. macam mana lagi. hahaha
Ayob  = hahaha. .eh! jom aku bawa kau pulang.
Faiz    = arh! itu yang aku tunggu dari tadi,menunggu kau ajak aku pulang. hahaha
Ayob  = hahaha. jom.

    Pada malam itu ketika mereka sedang menonton television,

Faiz   = dekat tempat kerja kau ada tak kerja kosong?
Ayob = ada. kenapa? kau mahu kerja ke?
Faiz   = a'ah. aku nak kahwinlah itu yang mahu kumpul duit.
Ayob = perempuan malang mana kau dapat? hahhaha
Faiz   = arh ko! dengan Ziela anak penghulu kampung.
Ayob = dengan anak penghulu kampung? biar betul Faiz? mak ayah kau da bincang dengan keluarga
            Ziela?
Faiz   = belum lagi tapi biarlah aku dapat duit dulu baru aku minta mak ayah aku pergi pinang ziela.
Ayob = owh. besok aku bawa kau pergi jumpa bos aku.
Faiz   = ok

       Faiz mendapat kerja sebagai seorang mekanik di tempat Ayob bekerja. Hampir setahun Faiz bekerja sebagai mekanik,akhirnya dia mendapt naik pangkat sebagai ketua mekanik. 5 tahun telah berlalu dan duit untuk berkahwin dengan Ziela pun sudah mencukupi. Faiz pun pulang ke kampung untuk meminta mak ayahnya meminang Ziela. Setelah dia sampai ke kampung bersama dengan Ayob,Faiz terasa terkejut bahawa Ziela akan berkahwin dengan anak perusaha ladang kelapa sawit iaitu Jamil. Faiz merasa kecewa sehinggakan dia tidak lalu makan dan berasa terlalu sedih kerana apa yang di usahakan selama ini hancur berkecai.

       Sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur semula,dia menghadiri majlis perkahwinan Ziela dan Jamil untuk mengucapkan selamat pengantin baru,

Faiz       = hye Ziela dan Jamil. selamat pengantin baru. semoga sampai ke anak cucu ya. hehehe
Ziela      = terima kasih Faiz. hehehe
Faiz       = aku pergi dulu iye. aku nak balik ke Kuala Lumpur ni. kalau lambat takut malam baru sampai.
Ziela      = owh yekew. selamat jalan Faiz.
Faiz        = terima kasih Ziela. "owh selamat jalan ye siaplah korang" (sambil mengambil mercun bola yang
                  tersimpan di dalam poketnya lalu ia membakar mercun itu dan terus mencampak ke di hadapan
                  Ziela dan Jamil)l lariiiiiiiiiiiii!!!!!!!!
Jamil        = opocot! bapak mentua aku seorang yang tamak. ops! hehehe
Pak Abu  = kurang ajar punya anak menantu!!!

Faiz mencampak lagi sebiji mercun bola

Jamil        = ada aku kisah orang tua ganyut!!!!!(melatah selepas mendengar bunyi mercun)
Pak Abu  = Arh! "lalu di ketuk kepala Jamil sehingga pengsan".

Faiz dan Ayob bergelak ketawa melihat gelagat mereka lalu pulang ke Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment